Nuffnang Ad_1

Monday, April 28, 2014

Mencari Motivasi & Inspirasi: Kisah Louis Braille

Penglihatan adalah salah satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada manusia. Kita harus bersyukur dan menggunakannya sebaik mungkin. Tetapi pernahkah anda terfikir tentang golongan yang tidak bernasib baik untuk memiliki penglihatan seperti kita? Bagaimanakah mereka mengharungi kehidupan seharian? Dan membaca pula adalah salah satu aspek yang paling penting dalam hidup manusia. Tanpa kebolehan untuk membaca, mungkin seseorang itu akan ketinggalan sesuatu yang penting dalam hidup mereka. Namun, golongan cacat penglihatan juga mampu membaca dengan adanya tulisan Braille yang dicipta khas untuk mereka.


Tetapi tahukah anda bahawa pernah pada suatu zaman dahulu, kebanyakan orang membuat tanggapan bahawa insan yang dilahirkan buta tidak berupaya untuk membaca. Kerana pada mereka, satu-satunya cara untuk membaca adalah dengan menggunakan mata. Namun pada ketika itu, ada seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Perancis berusia 12 tahun yang tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut. Bahkan, kanak-kanak itu memiliki keazaman yang amat kuat untuk membaca - walaupun dia tidak dapat melihat. Ini adalah kisah inspirasi mengenai seorang individu yang kehilangan penglihatannya sejak berusia 3 tahun, tetapi tidak pernah menjadikan kekurangannya itu sebagai halangan untuk melakukan perkara luar biasa dan seterusnya memberi sumbangan berharga untuk golongan cacat penglihatan di seluruh dunia.


Insan luar biasa yang dimaksudkan ini adalah Louis Braille yang merupakan pengasas kepada tulisan braille. Tatkala menjadi buta sejak berusia 3 tahun lagi, beliau merasakan kecacatannya itu akan menghalang dirinya daripada mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan perkara-perkara penting dalam kehidupan. Justeru beliau tekad untuk keluar daripada dunianya yang ‘gelap’ itu dan mencari penyelesaian kepada masalahnya.

Siapa sangka seawal usia 12 tahun lagi, Braille telah berjaya mencipta suatu sistem pembacaan yang khusus untuk golongan cacat penglihatan. Sistem yang dinamakan sempena namanya itu, Braille sehingga kini telah menjadi suatu kaedah pembacaan bagi golongan buta yang popular dan terbukti sangat efektif. Bayangkan, jika Louis Braille tidak mencipta sistem yang luar biasa itu, pada hari ini, golongan buta di serata dunia mungkin masih mengalami kesukaran untuk belajar membaca.

Ketahuilah segala dugaan dan cabaran yang terpaksa diharungi Braille dalam misinya untuk memberi sinar harapan kepada golongan yang sama sepertinya. Sememangnya beliau berjaya membuktikan bahawa walaupun mempunyai kekurangan diri, namun dengan ketabahan serta motivasi yang kuat, setiap orang mampu melakukan perkara luar biasa dan mencapai kejayaan.

Kisah penuh inspirasi mengenai Braille ini dimuatkan di dalam ebook "Mencari Inspirasi dan Motivasi: 21 Kisah Benar tentang Insan-Insan Luar Biasa di Dunia"
. Kisah beliau wajar dibaca dan dijadikan contoh teladan oleh kita semua. Belilah sambil menderma kerana dengan setiap pembelian ebook ini, anda akan menderma sebanyak 15% daripada harga ebook tersebut kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim dan lain-lain. Untuk membeli ebook ini, anda boleh layari laman web http://neoplanet9.wix.com/bukuilmuebook atau sila klik link ini.

Terima kasih.

Friday, April 25, 2014

Mencari Inspirasi & Motivasi: Kisah Helen Keller


Mungkin ada di antara kita pernah mendengar nama Helen Keller. Wanita penuh inspirasi ini sebenarnya berjaya membuktikan kepada dunia bahawa golongan kurang upaya juga mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupan. Walaupun dilahirkan pekak, bisu dan cacat penglihatan sejak berumur 19 tahun lagi, namun beliau berjaya mencipta sejarah sebagai seorang pensyarah yang dihormati, penulis buku terkenal serta aktivis yang aktif mengembara ke serata dunia demi berjuang untuk memberikan pendidikan dan kehidupan yang lebih baik kepada golongan kurang upaya di seluruh dunia.

Bayangkan bagaimana Keller mengharungi zaman kanak-kanaknya, lebih-lebih lagi dengan keadaan beliau yang berbeza dengan kanak-kanak lain. Tanpa dapat bercakap, mendengar bunyi mahupun melihat, bagaimanakah beliau akan berkomunikasi atau belajar? . Lama-kelamaan dia menjadi seorang kanak-kanak yang sukar dikawal dan suka memberontak. Kerana tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik, Keller meluahkan perasaannya dengan memukul dan menyerang dengan agresif jika dia tidak dapat apa yang dia inginkan.
Namun, beliau dianugerahkan dengan akal yang cerdik. Sewaktu baru berusia 5 tahun, Keller sudah belajar untuk mencipta bahasa isyaratnya sendiri seperti ‘Ibu’, ‘Ayah’ dan ‘Roti’. Menjelang usianya 7 tahun pula, beliau telah mencipta kira-kira 60 bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan ibu bapanya.

Kemudiannya, pertemuan Keller dengan seorang guru bernama Annie Sullivan telah membawa sinar harapan dalam hidup beliau. Ini kerana dengan sifat penyabar gurunya itu, Keller dapat belajar bagaimana untuk hidup dalam dunia yang penuh mencabar ini. Di sini jugalah bermulanya kerjasama yang erat dan persahabatan akrab yang terjalin selama 49 tahun di antara Keller dan Sullivan.
Seterusnya, pelbagai cabaran, onak dan duri terpaksa dihadapi Keller dalam mengharungi kehidupannya. Namun, satu sifat istimewa Keller yang patut dicontohi adalah keghairahannya untuk belajar. Kekurangan yang dimilikinya langsung tidak menjadi batu penghalang untuk beliau menimba ilmu pengetahuan, malah menjadi sumber kekuatan bagi beliau untuk meneruskan pembelajarannya di peringkat lebih tinggi. Daripada zaman kanak-kanaknya hinggalah ke usia emasnya, Keller tidak pernah berhenti menimba ilmu pengetahuan.

Sebenarnya, Helen sentiasa bersyukur di atas ketidakupayaan yang dimilikinya kerana kekurangan itulah yang menjadi sumber kekuatan dirinya untuk menikmati hidup setiap hari. Menjadi seorang yang pekak, bisu dan buta tidak menghalangnya untuk bekerja keras dan berusaha lebih daripada orang biasa demi mencapai kejayaan luar biasa.

Kisah penuh inspirasi dan motivasi Kisah penuh inspirasi mengenai Bauby ini dimuatkan di dalam ebook "Mencari Inspirasi dan Motivasi: 21 Kisah Benar tentang Insan-Insan Luar Biasa di Dunia". Kisah beliau wajar dibaca dan dijadikan contoh teladan oleh kita semua. Belilah sambil menderma kerana dengan setiap pembelian ebook ini, anda akan menderma sebanyak 15% daripada harga ebook tersebut kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim dan lain-lain. Untuk membeli ebook ini, anda boleh layari laman web http://neoplanet9.wix.com/bukuilmuebook atau sila klik link ini.

Terima kasih.

Thursday, April 24, 2014

Mencari Inspirasi & Motivasi: Kisah Jean-Dominique Bauby

Apa yang kita akan lakukan jika tiba-tiba kita ditimpa penyakit ganjil di mana kita hanya mampu terbaring kaku tanpa boleh menggerakkan mana-mana angota badan? Sudah tentunya kita tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian paling ringan seperti mandi, makan minum menggunakan tangan, menggosok gigi dan lain-lain dengan sendirinya. Apatah lagi menulis buku!

Jean-Dominique Bauby adalah seorang editor Majalah Elle versi Perancis yang terkenal. Beliau merupakan seorang yang memiliki segala-galanya - – isteri yang cantik, anak-anak yang comel, kesihatan yang baik, kerjaya yang memberangsangkan dan harta benda yang mewah. Beliau sudah biasa hidup dalam persekitaran yang mencabar serta bergerak pantas. Namun tiada siapapun yang dapat menjangka nasib malang yang bakal menimpa diri mereka pada bila-bila masa.

Segala-galanya berubah apabila Bauby disahkan mengidap Sindrom ‘Locked-In’. Sindrom yang amat jarang sekali berlaku ini menyebabkan beliau lumpuh seluruh anggota badannya. Hanya mata kirinya saja yang berupaya bergerak, manakala fungsi otaknya tidak terjejas langsung dan boleh berfikir seperti sedia kala. Beliau juga mampu merasai kesakitan, keadaan panas ataupun sejuk.
Itulah dugaan terbesar yang terpaksa dihadapi lelaki ini. Bayangkan kalau kita di tempat beliau, apa yang kita akan lakukan? Adakah kita akan berasa sedih, kecewa dan hilang harapan untuk hidup? Atau adakah kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi dugaan tersebut dan tidak hanya berserah kepada takdir semata-mata? Bauby memilih pilihan kedua. Walaupun tidak dapat bergerak, namun beliau menggunakan kerdipan mata kirinya untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dengan kerdipan mata kirinya itu jugalah beliau dapat menghasilkan sebuah buku autografi yang memaparkan kisah hidupnya! Adakah kita mampu berbuat demikian jika berada dalam situasi yang sama? Mungkin ianya semua bergantung kepada keazaman dan kesungguhan kita.

Walaupun memiliki tubuh badan yang sihat, namun kadang-kadang kita sendiri tidak menghargai perkara mudah yang sentiasa dilakukan seharian. Mungkin kita tidak akan menyedari apa yang kita miliki sehinggalah ‘kelebihan’ itu diambil daripada kita. Saat itulah kita akan benar-benar menghargai segala apa yang kita ada dan berasa cukup menyesal kerana tidak menghargainya sebelum ini.

Kisah penuh inspirasi mengenai Bauby ini ada dimuatkan di dalam ebook "Mencari Inspirasi dan Motivasi: 21 Kisah Benar tentang Insan-Insan Luar Biasa di Dunia". Belilah sambil menderma kerana dengan setiap pembelian ebook ini, anda akan menderma sebanyak 15% daripada harga ebook tersebut kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim dan lain-lain. Untuk membeli ebook ini, anda boleh layari laman web http://neoplanet9.wix.com/bukuilmuebook atau sila klik link ini.

Terima kasih.

Sunday, April 13, 2014

Inspirasi menyayat hati: ibu korbankan diri untuk anak

Salam semua,

Sebentar tadi saya baru terbaca satu artikel mengenai pengorbanan seorang ibu untuk anak yang dikandungnya. Saya ingin berkongsi kisah benar yang penuh inspirasi ini dengan anda semua. Elizabeth Joyce, 36 tahun telah didiagnos dengan penyakit kanser pada tahun 2010. Setelah menerima rawatan, beliau disahkan bebas daripada penyakit itu selama 3 tahun.

Walaupun pernah diberitahu oleh pakar perubatan bahawa dia mungkin tidak berpeluang untuk mendapat zuriat sendiri disebabkan oleh rawatan kanser yang dilaluinya, namun beberapa bulan kemudian, Elizabeth mendapat tahu dia hamil. Sebulan selepas itu, kansernya muncul kembali.

Para doktor berjaya membuang kanser di paru-parunya, tetapi disebabkan beliau mengandung, mereka tidak dapat melakukan ujian MRI untuk mengesan kewujudan kanser-kanser lain yang mungkin berada di seluruh tubuhnya. Melakukan ujian MRI akan bermakna Elizabeth terpaksa menggugurkan kandungannya. Namun, dia membuat keputusan untuk tidak melakukan ujian tersebut demi anak yang dikandungnya. Ini bermakna beliau tidak akan tahu jika ada kanser2 lain yang telah merebak di mana-mana anggota badannya - dan keadaan tersebut memang berbahaya untuk dirinya sendiri.

Setelah melahirkan anaknya yang diberi nama Lily, doktor mengesan kewujudan kanser di bahagian jantung, paru-paru dan abdomen Elizabeth. Setelah beberapa bulan diberi peluang untuk bersama bayinya, Elizabeth meninggal dunia disebabkan penyakit kanser yang dialaminya itu. Itulah pengorbanan seorang ibu yang amat menyayat hati.

Di zaman serba moden ini di mana pembuangan bayi amat berleluasa, dan pengguguran itu terlalu mudah dilakukan jika anda mempunyai sejumlah wang, nilai suatu nyawa itu semakin berkurangan harganya. Kisah Elizabeth Joyce ini wajar dijadikan inspirasi dan contoh teladan buat semua. Wahai kaum Hawa, hargailah zuriat yang dikurniakan Tuhan untuk anda kerana.... ramai lagi kaum wanita di luar sana yang sanggup melakukan APA sahaja demi dikurniakan zuriat sendiri. Wallahualam...


Sekian dan terima kasih kerana membaca...

Thursday, April 10, 2014

Jika dia sudah tiada...

Sebuah perkahwinan itu adalah ibarat ‘the union of two souls’ atau ‘the joining of two people’ atau ‘2 becomes 1’ dsb lagi. Allah s.w.t. telah menjadikan setiap manusia itu untuk hidup berpasang-pasangan. Kalau ada Adam, adalah Hawanya, betul tak? Setiap insan yang sedang mencari pasangan hidup sentiasa mengharapkan agar dia akan mendapat yang terbaik, walaupun tidak ‘perfect’. Hey, there’s no such thing as a perfect man/woman, right?

Happy couple


Anyway, setelah melangsungkan perkahwinan, sudah tentulah kita semua akan mengharapkan agar rumahtangga yang dibina akan sentiasa kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tetapi iyelah… setiap pasangan tidak akan terlepas dari diuji dengan pelbagai dugaan dalam rumahtangga mereka. Itulah asam garam hidup berumahtangga sebenarnya. Lagikan lidah sendiri pun boleh tergigit, kan… apatah lagi suami isteri…… :-)


Kadang-kala akan berlaku bermacam-macam perselisihan faham di dalam rumah tangga. Mungkin masalah timbul dari segimiscommunication misalnya, ataupun sifat pentingkan diri sendiri. Kengkadang tue kita mungkin akan berasa terlampau marah dengan si isteri/suami hinggakan tidak ingat dah apa pengorbanan mereka pada kita selama hidup bersama. Dan kengkadang tue mungkin jugak kita bersikap acuh tak acuh pada pasangan kita. Misalnya, time si isteri nak berbual-bual, time tu jugaklah si suami sedang asyik duk layan PS3.

Kita jugak tak menghargai kewujudan mereka as our better half… Ada jugak sesetengah pasangan yang dah lama mendirikan rumah tangga, nak say ‘I Love You’ pun dah naik muak… Tetapi, you all ada terfikir tak pada satu hari nanti, JIKA orang kesayangan anda ini sudah tiada lagi?

Siapa yang akan menjaga makan minum anda?

Siapa yang akan membebel jika anda tidak menjaga kesihatan diri?

Siapa yang akan suapkan makanan bila anda sakit?

Siapa yang akan membantu ketika anda dilanda masalah?

Siapa yang akan memeluk anda dan membisikkan kata2 cinta di telinga anda?

Siapa yang akan ber-sms atau menelefon untuk bertanyakan khabar?

Siapa yang akan berkongsi kegembiraan dan memberi semangat apabila anda berasa murung?

Siapa yang akan menemani/berbual dengan anda jika anda sunyi?

Siapa yang akan memeluk anda dengan erat jika anda kesejukan di waktu malam?

Siapa yang akan mendengar luahan hati anda?

Siapa yang akan temani anda sewaktu hari tua nanti?


Sedari ataupun tidak, sebenarnya terlalu banyak peranan yang dimainkan oleh pasangan hidup kita. Setiap hari bersama akan meninggalkan kenangan suka duka di dalam kehidupan. Jika hari ini anda berasa marah atau terkilan dengan sikap si dia, esoknya… apa kata anda lupakan saja perasaan amarah itu dan carilah ruang kemaafan di hati anda. Bersabar dengan segala dugaan dan hargailah pasangan anda semasa dia masih ada di samping anda and never take your partner for granted. Jangan pulak you all menyesal satu hari nanti kerana gagal menyebut ‘Saya sayangkan awak sepenuh hati’ … walaupun peluang itu sudah berjuta kali terpacak di depan mata…


You only live once…. so make the best of it.

Sekian, terima kasih.

5 ayat wanita ingin dengar untuk jatuh cinta

“Wanita jatuh cinta dengan menggunakan telinganya, manakala lelaki pulak jatuh cinta melalui matanya!”… hmm.. betul ke? Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah wanita sukakan jejaka yang sering menuturkan kata-kata pujian untuk mereka manakala kaum lelaki pulak akan tertarik pada seseorang wanita itu pada penampilan diri mereka. Wahai jejaka, jika semasa bercinta anda sentiasa mengucapkan kata-kata yang indah, ia tak bermakna lepas kahwin nanti ‘tugas’ anda berhenti di situ. Sebaliknya, bermula dari alam perkahwinan inilah, tugas anda menjadi bertambah ‘berat’ demi memastikan rumahtangga anda bahagia hingga ke akhir hayat. Jika you all inginkan tips untuk membuatkan teman wanita/isteri anda jatuh cinta pada anda sekali lagi, hafallah 5 perkataan di bawah yang amat suka didengar oleh kaum wanita:

1. “Awak sangat cantik”

Regardless of any shape your women might be, e.g., slim, round, chubby, pear-shaped etc. they still deserve to receive compliments from their loved ones. Sebenarnya lelaki harus tahu yang wanita memang suka sangat2 jika dipuji pasal kecantikan mereka (take note: inner and outer beauty tau)). Jika masa bercinta bagai nak rak dulu, anda sering memuji kecantikan si dia, lepas dah kawin, janganlah lokek pulak untuk memberikan kata-kata manis atau pujian-pujian untuk si isteri. Sebenarnya setiap isteri memang menunggu-nunggu kata pujian dari mulut suami mereka. Jika si isteri bertanya, “Muka saya nampak berkedut ke bang?” Jangan plak ko mengiyakannya kerana itu soalan tipu muslihat jer tue… So, jawapannya yang sesuai ialah, “Muka sayang mana dimamah usia, dari dulu sampai sekarang maintain cantekkk….” (or something like that la…huhu)

Saya cantek tak..?


2. “Saya dengar”

Hmm… rasanya ini memang bukan kepakaran lelaki..setuju tak? Mana taknya, masa wanita ingin memberitahu sesuatu, masa itu jugaklah anda sedang menonton TV atau mendengar radio atau melakukan kerja-kerja lain. Camne nak fokus pada luahan hati pasangan anda? Actually, senang jer kalau korang nak pikat hati perempuan, just DENGAR je apa yang dorang cakapkan dan kalau boleh, berilah feedback yang positif dan membina. Kadang-kadang wanita perlukan tempat mengadu pada insan yang sudi mendengar. Cuba fikir, kalau korang malas nak dengar luahan perasaan atau masalah orang yang anda cinta, jangan ko menyesal pulak kalau satu hari nanti si dia mencari somebody else yang sudi mendengar..


3. “Jangan risau. Segalanya akan menjadi baik”

Kata-kata yang menenangkan dan membawa maksud yang mendalam ini sangat penting untuk didengar oleh setiap wanita. Maklumlah wanita lebih emosional dari lelaki… misalnya mereka mungkin akan menitiskan air mata tanpa sebarang sebab yang kukuh. Pada ketika itulah, wanita akan mengharapkan suami/teman lelaki untuk menenangkan perasaannya dan mengatakan yang segala masalah ada jalan penyelesaiannya. Jadi kalau isteri anda dirundung masalah, sebaik-baiknya anda memeluknya dan mengucapkan kata-kata yang memberi semangat!

4. “Apa yang abang boleh bantu?”

Jika suami anda rajin bertanya sama ada anda perlukan bantuan atau tidak, ini bermakna dia melihat anda sebagai pasangan yang ‘setaraf’ dengannya dan merasakan yang anda tidak sepatutnya melakukan semua kerja seorang diri (anda seorang wanita yang bertuah jika mendapat lelaki macam nie:-)). Ini bukan terhad pada kerja-kerja rumah saje. Jika anda sedang menghadapi saat-saat yang sukar, seorang lelaki yang baik bukan saje akan menyedarinya, malah dia akan ‘offer’ untuk membantu meringankan beban anda. Sikap sebeginilah yang akan membuatkan mana-mana wanita menyayangi pasangannya dengan lebih mendalam lagi!


5. “Saya cintakan awak”

Kadang-kadang, lelaki lebih cenderung untuk menunjukkan kasih sayang mereka melalui tingkah laku dan perbuatan. Some guys memang tak berapa gemar mengucapkan ‘I Love You’ banyak kali, terutamanya jika sudah lama berkahwin. Tapi, apa yang you guys tak tau ialah setiap kali anda melafazkan those 3 special words (dengan ikhlas) kepada kekasih hati anda, si dia akan berasa happy, tenang dan akan lebih menghargai anda! So jangan biarkan usia perkahwinan menghalang anda daripada mengucapkan kata-kata berharga ini.. Kalau ‘malu’ untuk mengatakannya, just tulis dalam surat pun takpe…:-)

Terima dia seadanya...

Hari nie penulis nak bercerita sikit. Cerita pasal kisah rumahtangga ‘kawan’ penulis. Dia tak kisah untuk berkongsi ceritanya dengan you all semua…asal guna nama samaran laa…. :-) Okeyla, citer dia bermula macam nie…

Siti dan Aiman telah berkawan rapat selama beberapa tahun. Kemudian tercetuslah bibit2 cinta dan kasih sayang yang amat mendalam dalam diri mereka berdua. Tak lama kemudian, setelah bajet dah cukup, mereka pun mendirikan rumah tangga. Harapkan hujan hanya di tengah hari, rupanya sampai berminggu-minggu hujan turun :-) Entah mengapa, pada awal usia perkahwinan mereka, asyik berlaku pertelagahan dan pergaduhan.

Siti nie amat sensitive dan emosional orangnya … manakala si Aiman pulak jenis yang tak banyak bersuara dan tak suka ambil tahu hal2 yang remeh temeh. Satu lagi, sentiasa wujud miscommunications di antara mereka berdua sehinggakan pada suatu tahap Siti menganggap suaminya jenis orang yang takde perasaan langsung… gara-gara si Aiman yang tak pernah nak memujuk rayu apabila isterinya merajuk. Sebenarnya merajuk tue hanyalah taktik Siti untuk mendapatkan perhatian daripada suaminya. Boleh dikatakan dalam seminggu tue, mesti ada sesi pergaduhan di antara mereka berdua. Bukan pergaduhan yang melibatkan tangan la… Cuma perang mulut jer…:-)


Actually, Siti nie sayang sangat2 kat suami dia… tapi dia geram kerana terlalu banyak perselisihan faham yang berlaku di antara mereka berdua. Hinggalah pada suatu hari, sedang Siti asyik membelek sebuah majalah, dia terbaca satu kisah perbalahan rumahtangga di mana si suami telah melempar peha ayam ke arah isterinya dengan alasan kononnya gulai ayam bini dia masak tue tak sedappp…. Siti pun mengucap panjang. Laki macam tu pun ader, fikirnya.

Tiba-tiba dia terkenangkan suatu peristiwa di mana dia telah lupa untuk memasukkan garam ke dalam gulai ayam yang dimasaknya. So, semasa makan malam berdua, Siti buat dek jer sebab takut dimarahi suaminya. Tapi lain hal pulak yang berlaku. Siti tengok lakinya makan dengan begitu ‘syok’ sekali. Siti pun takleh tahan daripada bertanya, “Abang, camna dengan gulai ayam tuh? Best tak?”

Si suami menjawab sambil tersengih-sengih, “Ishh mestilah best. Air tangan bini abang yang masak. Takkan tak best pulak. Hihi…”


Siti pun terharu. Tak sangka dia akan mendapat jawapan yang paling ‘indah’ sekali walaupun dalam diam2 dia mengutuk dirinya sendiri kerana gulai ayam yang dimasaknya tawar heber…huhu.. So, lepas kejadian itu, Siti seolah-olah ‘tersedar’ dari lamunannya. Kini dia seolah-olah sedar di mana silapnya dia sebagai seorang isteri. Siti akhirnya sedar yang dia tak sepatutnya bersikap ‘selfish’, asyik merengek atau komplen kalau ada benda yang tak disukainya dan asyik memaksa suaminya buat itu buat ini. Dia akhirnya faham yang sikap bertolak ansur itu penting dalam setiap hubungan. It doesn’t always have to be about one person. Now you have to think about him too. What will he feels when you do that, do this…

Dan the most important thing that Siti belajar dari nie semua ialah untuk menerima diri si dia seadanya. Walaupun Aiman tak reti langsung cara memujuk, tapi lepas rajuknya dah ‘reda’, dia akan bercakap dengan lembut pada isterinya dan biasanya dia akan ajak isterinya pi shopping atau jalan-jalan. Like a treat la… sebab dah tak merajuk lagi… :-)

Siti pun mulai sedar yang dirinya sendiri pun banyak kekurangannya. Tapi suaminya tak pernah pulak nak membebel pasal Siti tak reti memasak ker, mudah merajuk ker atau Siti tak reti sangat nak manage masa. Sebenarnya sikap Aiman yang tak banyak bersuara tu sebenarnya adalah a blessing in disguise – ada kebaikannya tersendiri. Ia menunjukkan dia seorang yang penyabar, tenang dan amat sayangkan isterinya. Dan itulah yang penting sebenarnya.


The End.

Oklah, sebenarnya apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah kalau si dia boleh menerima diri kita yang serba kekurangan, apa salahnya kalau kita pun menerima dia seadanya, kan? Kadang-kadang, kekurangan dia boleh menjadi advantage pada kita.

Tapi jangan pulak kalau suami ko main kayu tiga, ko pun terima pulak seadanya. Hishh… kena bertempat jugaklah kalau nak amalkan petua nie. Pastu satu lagi yang penulis nak tegaskan di sini khas buat para isteri dan (segelintir) suami, jika pasangan you all suka menggunakan kekerasan dalam rumahtangga, jangan pulak korang sanggup terima jer. Sebaik-baiknya, pi buat laporan pada badan-badan yang berkenaan okey.

Sekian, terima kasih.