Nuffnang Ad_1

Friday, April 25, 2014

Mencari Inspirasi & Motivasi: Kisah Helen Keller


Mungkin ada di antara kita pernah mendengar nama Helen Keller. Wanita penuh inspirasi ini sebenarnya berjaya membuktikan kepada dunia bahawa golongan kurang upaya juga mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupan. Walaupun dilahirkan pekak, bisu dan cacat penglihatan sejak berumur 19 tahun lagi, namun beliau berjaya mencipta sejarah sebagai seorang pensyarah yang dihormati, penulis buku terkenal serta aktivis yang aktif mengembara ke serata dunia demi berjuang untuk memberikan pendidikan dan kehidupan yang lebih baik kepada golongan kurang upaya di seluruh dunia.

Bayangkan bagaimana Keller mengharungi zaman kanak-kanaknya, lebih-lebih lagi dengan keadaan beliau yang berbeza dengan kanak-kanak lain. Tanpa dapat bercakap, mendengar bunyi mahupun melihat, bagaimanakah beliau akan berkomunikasi atau belajar? . Lama-kelamaan dia menjadi seorang kanak-kanak yang sukar dikawal dan suka memberontak. Kerana tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik, Keller meluahkan perasaannya dengan memukul dan menyerang dengan agresif jika dia tidak dapat apa yang dia inginkan.
Namun, beliau dianugerahkan dengan akal yang cerdik. Sewaktu baru berusia 5 tahun, Keller sudah belajar untuk mencipta bahasa isyaratnya sendiri seperti ‘Ibu’, ‘Ayah’ dan ‘Roti’. Menjelang usianya 7 tahun pula, beliau telah mencipta kira-kira 60 bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan ibu bapanya.

Kemudiannya, pertemuan Keller dengan seorang guru bernama Annie Sullivan telah membawa sinar harapan dalam hidup beliau. Ini kerana dengan sifat penyabar gurunya itu, Keller dapat belajar bagaimana untuk hidup dalam dunia yang penuh mencabar ini. Di sini jugalah bermulanya kerjasama yang erat dan persahabatan akrab yang terjalin selama 49 tahun di antara Keller dan Sullivan.
Seterusnya, pelbagai cabaran, onak dan duri terpaksa dihadapi Keller dalam mengharungi kehidupannya. Namun, satu sifat istimewa Keller yang patut dicontohi adalah keghairahannya untuk belajar. Kekurangan yang dimilikinya langsung tidak menjadi batu penghalang untuk beliau menimba ilmu pengetahuan, malah menjadi sumber kekuatan bagi beliau untuk meneruskan pembelajarannya di peringkat lebih tinggi. Daripada zaman kanak-kanaknya hinggalah ke usia emasnya, Keller tidak pernah berhenti menimba ilmu pengetahuan.

Sebenarnya, Helen sentiasa bersyukur di atas ketidakupayaan yang dimilikinya kerana kekurangan itulah yang menjadi sumber kekuatan dirinya untuk menikmati hidup setiap hari. Menjadi seorang yang pekak, bisu dan buta tidak menghalangnya untuk bekerja keras dan berusaha lebih daripada orang biasa demi mencapai kejayaan luar biasa.

Kisah penuh inspirasi dan motivasi Kisah penuh inspirasi mengenai Bauby ini dimuatkan di dalam ebook "Mencari Inspirasi dan Motivasi: 21 Kisah Benar tentang Insan-Insan Luar Biasa di Dunia". Kisah beliau wajar dibaca dan dijadikan contoh teladan oleh kita semua. Belilah sambil menderma kerana dengan setiap pembelian ebook ini, anda akan menderma sebanyak 15% daripada harga ebook tersebut kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim dan lain-lain. Untuk membeli ebook ini, anda boleh layari laman web http://neoplanet9.wix.com/bukuilmuebook atau sila klik link ini.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment