Penglihatan adalah salah satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada manusia. Kita harus bersyukur dan menggunakannya sebaik mungkin. Tetapi pernahkah anda terfikir tentang golongan yang tidak bernasib baik untuk memiliki penglihatan seperti kita? Bagaimanakah mereka mengharungi kehidupan seharian? Dan membaca pula adalah salah satu aspek yang paling penting dalam hidup manusia. Tanpa kebolehan untuk membaca, mungkin seseorang itu akan ketinggalan sesuatu yang penting dalam hidup mereka. Namun, golongan cacat penglihatan juga mampu membaca dengan adanya tulisan Braille yang dicipta khas untuk mereka.
Tetapi tahukah anda bahawa pernah pada suatu zaman dahulu, kebanyakan orang membuat tanggapan bahawa insan yang dilahirkan buta tidak berupaya untuk membaca. Kerana pada mereka, satu-satunya cara untuk membaca adalah dengan menggunakan mata. Namun pada ketika itu, ada seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Perancis berusia 12 tahun yang tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut. Bahkan, kanak-kanak itu memiliki keazaman yang amat kuat untuk membaca - walaupun dia tidak dapat melihat. Ini adalah kisah inspirasi mengenai seorang individu yang kehilangan penglihatannya sejak berusia 3 tahun, tetapi tidak pernah menjadikan kekurangannya itu sebagai halangan untuk melakukan perkara luar biasa dan seterusnya memberi sumbangan berharga untuk golongan cacat penglihatan di seluruh dunia.
Insan luar biasa yang dimaksudkan ini adalah Louis Braille yang merupakan pengasas kepada tulisan braille. Tatkala menjadi buta sejak berusia 3 tahun lagi, beliau merasakan kecacatannya itu akan menghalang dirinya daripada mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan perkara-perkara penting dalam kehidupan. Justeru beliau tekad untuk keluar daripada dunianya yang ‘gelap’ itu dan mencari penyelesaian kepada masalahnya.
Siapa sangka seawal usia 12 tahun lagi, Braille telah berjaya mencipta suatu sistem pembacaan yang khusus untuk golongan cacat penglihatan. Sistem yang dinamakan sempena namanya itu, Braille sehingga kini telah menjadi suatu kaedah pembacaan bagi golongan buta yang popular dan terbukti sangat efektif. Bayangkan, jika Louis Braille tidak mencipta sistem yang luar biasa itu, pada hari ini, golongan buta di serata dunia mungkin masih mengalami kesukaran untuk belajar membaca.
Ketahuilah segala dugaan dan cabaran yang terpaksa diharungi Braille dalam misinya untuk memberi sinar harapan kepada golongan yang sama sepertinya. Sememangnya beliau berjaya membuktikan bahawa walaupun mempunyai kekurangan diri, namun dengan ketabahan serta motivasi yang kuat, setiap orang mampu melakukan perkara luar biasa dan mencapai kejayaan.
Kisah penuh inspirasi mengenai Braille ini dimuatkan di dalam ebook "Mencari Inspirasi dan Motivasi: 21 Kisah Benar tentang Insan-Insan Luar Biasa di Dunia". Kisah beliau wajar dibaca dan dijadikan contoh teladan oleh kita semua. Belilah sambil menderma kerana dengan setiap pembelian ebook ini, anda akan menderma sebanyak 15% daripada harga ebook tersebut kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim dan lain-lain. Untuk membeli ebook ini, anda boleh layari laman web http://neoplanet9.wix.com/bukuilmuebook atau sila klik link ini.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment