Nuffnang Ad_1

Thursday, April 24, 2014

Mencari Inspirasi & Motivasi: Kisah Jean-Dominique Bauby

Apa yang kita akan lakukan jika tiba-tiba kita ditimpa penyakit ganjil di mana kita hanya mampu terbaring kaku tanpa boleh menggerakkan mana-mana angota badan? Sudah tentunya kita tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian paling ringan seperti mandi, makan minum menggunakan tangan, menggosok gigi dan lain-lain dengan sendirinya. Apatah lagi menulis buku!

Jean-Dominique Bauby adalah seorang editor Majalah Elle versi Perancis yang terkenal. Beliau merupakan seorang yang memiliki segala-galanya - – isteri yang cantik, anak-anak yang comel, kesihatan yang baik, kerjaya yang memberangsangkan dan harta benda yang mewah. Beliau sudah biasa hidup dalam persekitaran yang mencabar serta bergerak pantas. Namun tiada siapapun yang dapat menjangka nasib malang yang bakal menimpa diri mereka pada bila-bila masa.

Segala-galanya berubah apabila Bauby disahkan mengidap Sindrom ‘Locked-In’. Sindrom yang amat jarang sekali berlaku ini menyebabkan beliau lumpuh seluruh anggota badannya. Hanya mata kirinya saja yang berupaya bergerak, manakala fungsi otaknya tidak terjejas langsung dan boleh berfikir seperti sedia kala. Beliau juga mampu merasai kesakitan, keadaan panas ataupun sejuk.
Itulah dugaan terbesar yang terpaksa dihadapi lelaki ini. Bayangkan kalau kita di tempat beliau, apa yang kita akan lakukan? Adakah kita akan berasa sedih, kecewa dan hilang harapan untuk hidup? Atau adakah kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi dugaan tersebut dan tidak hanya berserah kepada takdir semata-mata? Bauby memilih pilihan kedua. Walaupun tidak dapat bergerak, namun beliau menggunakan kerdipan mata kirinya untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dengan kerdipan mata kirinya itu jugalah beliau dapat menghasilkan sebuah buku autografi yang memaparkan kisah hidupnya! Adakah kita mampu berbuat demikian jika berada dalam situasi yang sama? Mungkin ianya semua bergantung kepada keazaman dan kesungguhan kita.

Walaupun memiliki tubuh badan yang sihat, namun kadang-kadang kita sendiri tidak menghargai perkara mudah yang sentiasa dilakukan seharian. Mungkin kita tidak akan menyedari apa yang kita miliki sehinggalah ‘kelebihan’ itu diambil daripada kita. Saat itulah kita akan benar-benar menghargai segala apa yang kita ada dan berasa cukup menyesal kerana tidak menghargainya sebelum ini.

Kisah penuh inspirasi mengenai Bauby ini ada dimuatkan di dalam ebook "Mencari Inspirasi dan Motivasi: 21 Kisah Benar tentang Insan-Insan Luar Biasa di Dunia". Belilah sambil menderma kerana dengan setiap pembelian ebook ini, anda akan menderma sebanyak 15% daripada harga ebook tersebut kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim dan lain-lain. Untuk membeli ebook ini, anda boleh layari laman web http://neoplanet9.wix.com/bukuilmuebook atau sila klik link ini.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment