Nuffnang Ad_1

Sunday, April 13, 2014

Inspirasi menyayat hati: ibu korbankan diri untuk anak

Salam semua,

Sebentar tadi saya baru terbaca satu artikel mengenai pengorbanan seorang ibu untuk anak yang dikandungnya. Saya ingin berkongsi kisah benar yang penuh inspirasi ini dengan anda semua. Elizabeth Joyce, 36 tahun telah didiagnos dengan penyakit kanser pada tahun 2010. Setelah menerima rawatan, beliau disahkan bebas daripada penyakit itu selama 3 tahun.

Walaupun pernah diberitahu oleh pakar perubatan bahawa dia mungkin tidak berpeluang untuk mendapat zuriat sendiri disebabkan oleh rawatan kanser yang dilaluinya, namun beberapa bulan kemudian, Elizabeth mendapat tahu dia hamil. Sebulan selepas itu, kansernya muncul kembali.

Para doktor berjaya membuang kanser di paru-parunya, tetapi disebabkan beliau mengandung, mereka tidak dapat melakukan ujian MRI untuk mengesan kewujudan kanser-kanser lain yang mungkin berada di seluruh tubuhnya. Melakukan ujian MRI akan bermakna Elizabeth terpaksa menggugurkan kandungannya. Namun, dia membuat keputusan untuk tidak melakukan ujian tersebut demi anak yang dikandungnya. Ini bermakna beliau tidak akan tahu jika ada kanser2 lain yang telah merebak di mana-mana anggota badannya - dan keadaan tersebut memang berbahaya untuk dirinya sendiri.

Setelah melahirkan anaknya yang diberi nama Lily, doktor mengesan kewujudan kanser di bahagian jantung, paru-paru dan abdomen Elizabeth. Setelah beberapa bulan diberi peluang untuk bersama bayinya, Elizabeth meninggal dunia disebabkan penyakit kanser yang dialaminya itu. Itulah pengorbanan seorang ibu yang amat menyayat hati.

Di zaman serba moden ini di mana pembuangan bayi amat berleluasa, dan pengguguran itu terlalu mudah dilakukan jika anda mempunyai sejumlah wang, nilai suatu nyawa itu semakin berkurangan harganya. Kisah Elizabeth Joyce ini wajar dijadikan inspirasi dan contoh teladan buat semua. Wahai kaum Hawa, hargailah zuriat yang dikurniakan Tuhan untuk anda kerana.... ramai lagi kaum wanita di luar sana yang sanggup melakukan APA sahaja demi dikurniakan zuriat sendiri. Wallahualam...


Sekian dan terima kasih kerana membaca...

No comments:

Post a Comment